


















Kejohanan Tahunan ini berlangsung pada 25 Februari 2012 lalu dengan penuh warna warni , meriah dan ceria. Ianya bermula seawal 8.00 pagi dan berakhir pada 5.00 petang. 4 buah rumah sukan bertanding iaitu Zamrud, Delima , Kencana dan Nilam memberi tentangan yang sengit antara satu sama lain. Kategori Sukantara dimenangi oleh rumah Zamrud, Puteri Perbarisan oleh rumah Delima dan johan sukan tahunan ini dimenangi oleh rumah Nilam. Sebelum itu, acara larian bendang dimenangi oleh rumah Zamrud .
Apa yang menariknya ialah penyertaan waris sungguh luar biasa dan mengagumkan.Setiap acara disertai oleh mereka bersama-sama guru seperti acara tarik tali dan larian 4 x 100 m. Hadiah-hadiah disampaikan oleh En Mohamad saiful Mustafa , YDP PIBG SK Ulu Melaka. Semoga acara sebegini mampu menarik minat masyarakat mendekati sekolah demi kemajuan murid-murid jua . Terima Kasih kepada guru, waris, athlit , murid dan para penyumbang yang membantu melancarkan kejohanan kali ini .



























